welcome to my story book

something to share with you..

Friday, May 4, 2012

an advise

Jom kita renung2kan mutiara & nasihat ni..  Ramai antara kita yg pernah memberi nasihat kepada kawan-kawan ketika kesusahan, menenangkan hati mereka dan sedekahkan mereka senyuman. Namun, apabila kita ditimpa kesusahan, kita yg tukang memberi nasihat ini gagal menasihatkan diri kita, dan biasanya memerlukan pihak ketiga utk menyampaikan nasihat yg sama balik kpd kita. Jika anda adalah salah seorg di atas, ini bermaksud kebanyakan nasihat yg dtg drpd anda, hanyalah dr mulut dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Jiwa anda masih tidak selari dgn jasad kurniaan Allah, dan minda masih tidak dpt membezakan realiti dgn bisikan syaitan. Jgn jadi org yg pandai menasihat tetapi sendiri tidak pernah mengikuti nasihat sendiri... itu adalah mirip ciri-ciri munafik. Ingatlah pd Allah, sentiasa pastikan minda berada di 'masa kini', sekiranya ia melayang, cari sesuatu kerja berfaedah utk dilakukan. Dan SENYUM di mana-mana shj anda berada. Sedikit petua utk dikongsikan bersama: 
Pandanglah cermin dan senyum pd diri sekali-sekala ketika minda melayang, insyaAllah minda akan kembali ke masa kini..
 Jom muhasabah diri, perbaiki segala kelemahan..semoga sentiasa memperoleh rahmat dari Allah..

#copypaste

No comments:

Post a Comment