Jom kita renung2kan mutiara & nasihat ni.. Ramai
antara kita yg pernah memberi nasihat kepada kawan-kawan ketika
kesusahan, menenangkan hati mereka dan sedekahkan mereka senyuman.
Namun, apabila kita ditimpa kesusahan, kita yg tukang memberi nasihat
ini gagal menasihatkan diri kita, dan biasanya memerlukan pihak ketiga
utk menyampaikan nasihat yg sama balik kpd kita. Jika anda adalah
salah seorg di atas, ini bermaksud kebanyakan nasihat yg dtg drpd anda,
hanyalah dr mulut dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Jiwa anda
masih tidak selari dgn jasad kurniaan Allah, dan minda masih tidak dpt
membezakan realiti dgn bisikan syaitan. Jgn jadi org yg pandai menasihat
tetapi sendiri tidak pernah mengikuti nasihat sendiri... itu adalah
mirip ciri-ciri munafik. Ingatlah pd Allah, sentiasa pastikan minda
berada di 'masa kini', sekiranya ia melayang, cari sesuatu kerja
berfaedah utk dilakukan. Dan SENYUM di mana-mana shj anda berada.
Sedikit petua utk dikongsikan bersama:
Pandanglah cermin dan senyum pd
diri sekali-sekala ketika minda melayang, insyaAllah minda akan kembali
ke masa kini..
Jom muhasabah diri, perbaiki segala kelemahan..semoga
sentiasa memperoleh rahmat dari Allah..
#copypaste
No comments:
Post a Comment